Friday, May 8, 2009

hasil

ini adalah hasil pertama daripada kursus yang saya join pada bulan satu..rase seronok petik hasil tu..hihi..sampai skrg dh bnyk..tak sempat nk timbang..tapi dh distribute kat membe2 dan jiran jek..tak cukup nk supply kt kedai..seronok rasenye..walaupun sikit..tapi puas dengan hasil ni..skrg ngh cube ngn skala besar sket..

Kursus Fertigasi Wilayah SELATAN 1/2009

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah..pada 26 April 2009, seramai 16 peserta telah berjaya menghadiri kursus fertigasi yang di ajurkan oleh Agro Fast Foward & Abi Agro..Antara aktiviti yang dijalankan semasa kursus fertigasi..
1. Taklimat dan penerangan secara detail oleh en.Faidzal dan En.Asyraf mengenai fertigasi.
2. selain daripada taklimat secara teori peserta juga di ajar secara praktikal setelah selesai taklimat teori. Berikut adalah antara aktiviti yang dijalankan semasa praktikal. Peserta di bahagikan kepada dua kumpulan, di mana praktikal yang pertama adalah mengenai medium,pemindahan anak benih dan cara penyusunan polibeg. kedua adalah mempelajari sistem perpaipan dan peralatan fertigasi.


peserta mengisi medium kedalam polibeg mengikut sukatan yang di tetapkan supaya tak membazir.langkah seterusnya, en.Asyaf menunjukkan cara dan tujuan membasahkan medium..

En.Faidzal menerangkan cara2 pemasangan paip dan motor(fokus2)
penyampaian sijil kepada peserta.. Tahniah kepada semua..jgn lupa join group fertigasi...

sekian..(tak sempat nk tulis bnyk)skrg agak kekurangan masa..nnt roger..kalau ada yang nk order barang..ujung bulan ni saya balik johor..boleh la kirim..
Wassalam

Monday, March 23, 2009

KURSUS FERTIGASI di PUTRAJAYA


Antara aktiviti yang dilaksanakn semasa kursus fertagasi bersama AgroFFE dan AbiAgro di Putrajaya pada bulan 1 /2009. Kami adalah kumpulan peserta pertama yang menghadiri kursus ini di Putrajaya anjuran AgroFFE dan AbiAgro. Di akhir kursus,kami menerima sijil yang membuktikan kami sudah menyertai kurus fertigasi..sempoi..
1.Proses memasukan medium kedalam polibeg..ingatkn senang..baru masukn 5beg dh lepak..hihi..(maklumlah ,petani moden)
2

Sunday, March 22, 2009

Fertigasi

Perkataan fertigasi berasal daripada perkataan fertilization dan irrigation. Dalam fertigasi, proses pembajaan dan pengairan diberikan serentak kepada tanaman. Fertigasi tergolong dalam kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah. Secara umumnya, hanya beberapa jenis tanaman sahaja yang sesuai ditanam menggunakan kaedah fertigasi, antaranya tomato, cili, timun, terung, melon dan strawberi.


Dengan menggunakan kaedah fertigasi, pengusaha boleh mengelakkan tanaman mereka daripada dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh tanah. Selain daripada itu, tanaman tersebut dapat ditanam di mana sahaja asalkan cukup cahaya untuk tujuan fotosintesis dan mempunyai tempat untuk meletak polibeg.

Kaedah titisan yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan larutan baja kepada tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala setiap hari. Larutan baja yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat pokok diberikan terus ke akar tanaman.

Teknologi sistem fertigasi ini paling praktikal dibuat di bawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) untuk mengelakkan tanaman yang ditanam tidak mudah dijangkiti oleh sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk dan buah yang disebabkan oleh percikan hujan. Selain daripada melindungi tanaman daripada jangkitan penyakit, SPH juga dapat mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair akibat air hujan dan mengakibatkan pertumbuhan pokok terjejas dan hasil merosot.

SISTEM FERTIGASI

fertigasi

Alatan Fertigasi

Untuk membentuk sistem fertigasi, beberapa peralatan diperlukan.

1. Penitis
2. Pam
3. Tangki
4. Penapis
5. Alat pengatur masa
6. Polipaip

Selain daripada itu, EC meter juga diperlukan untuk mengukur kandungan baja agar bersesuaian dengan tahap tumbesaran pokok.

Media Fertigasi


Fertigasi adalah daripada keluarga hidroponik. Mengikut takrifan hidroponik, pokok diberi nutrien dan air tanpa menggunakan tanah. Oleh itu, dalam sistem fertigasi, medium yang mudah dicari dan murah akan digunakan di dalam sistem. Paling banyak digunakan oleh pengusaha tanaman sistem fertigasi adalah habuk sabut kelapa atau sekam bakar. Selain daripada itu, medium lain yang boleh digunakan adalah pasir, batu kerikil granit, perlite, vermiculite dan maidenwell diatomite.

Sebaik-baiknya, campuran medium seperti habuk sabut kelapa dan juga sekam bakar (1:1) digunakan untuk memberi pengudaraan dan juga sebagai sokongan kepada akar untuk berpaut di dalam polibeg. Tetapi penggunaan habuk sabut kelapa sahaja atau sekam bakar sahaja juga diamalkan oleh sesetengah pengusaha bergantung kepada kawasan, memandangkan ada sesetengah kawasan yang tidak mempunyai habuk sabut kelapa dan ada sesetengah kawasan tidak mempunyai sekam bakar.

Baja Fertigasi

Dalam sistem fertigasi, larutan baja perlu diberikan kepada pokok sekerap mungkin kerana medium yang digunakan tidak mempunyai nutrien.

Pemberian baja perlu diberikan mengikut keperluan pokok untuk mengelakkan pembaziran. Larutan baja yang diberi hanyalah untuk kegunaan pokok dari sesi pertama pemberian baja ke sesi ke dua pemberian baja dalam hari yang sama.

Kandungan Baja Fertigasi

1. Nitrogen
2. Fosforus
3. Kalium
4. Sulfat
5. Magnesium
6. Mangan
7. Ferum
8. Kuprum
9. Zink
10. Boron
11. Ammonium
12. Molibdenum
13. Natrium
14. Kalsium


Struktur Pelindung Tanaman

Penggunaan struktur pelindung tanaman (SPT) atau dikenali juga sebagai struktur lindungan hujan dapat memberikan hasil yang optimum kepada tanaman fertigasi yang diusahakan.

Struktur pelindung tanaman dapat melindungi tanaman daripada terkena hujan dan mengakibatkan pokok dijangkiti kulat. Ini dapat mengurangkan penggunaan racun kulat pada tanaman. SPT ini dapat menjamin pengeluaran hasil yang optimum kerana setiap pokok mendapat air dan baja yang mencukupi walaupon hari hujan.

Jika system fertigasi yang tidak menggunakan SPT, semasa musim hujan, air hujan akan bercampur dengan air baja di dalam polibeg dan mengakibatkan kandungan baja di dalam media tanaman menjadi cair. Kecairan air baja ini akan mengakibatkan tanaman tidak dapat nutrient yang mencukupi dan pengusaha juga akan mengalami kerugian kerana pembaziran baja serta mendapat hasil yang kurang pada musim hujan.

Asasnya struktur pelindung tanaman diperbuat daripada besi dan atap polietina lut sinar. Tujuan menggunakan atap polietine lutsinar kerana ianya tahan lama dan membenarkan cahaya melaluinya secara terus. Dengan ini pokok dapat melakukan proses fotosintesis kerana mendapat cahaya yang cukup.

Terdapat pelbagai bentuk SPT. Antara bentuk SPT yang terkenal adalah bentuk terowong. Bentuk ini membolehkan atap plastic yang dipasang lebih kukuh dan menggalakkan cahaya matahari masuk secara optimum.
Ada juga SPT yang dipasang jaring kalis serangga. Penggunaan jaring kalis serangga dapat mengelakkan tanaman daripada serangan serangga dan tempias air hujan. Tetapi penggunaan jaring ini akan mengakibatkan suhu di dalam SPT panas dan pengusaha terpaksa melakukan pendebungaan berbantu pada tanaman kerana ketiadaan serangga.

Jika dilihat pada projek-projek fertigasi yang dijalankan oleh pengusaha di Malaysia, kebanyakan mereka tidak membina SPT kerana kos pembinaan SPT yang mahal. Dengan itu pengusaha terpaksa menggunakan racun kulat dan serangga untuk melindungi tanaman mereka daripada serangan penyakit.


SENARAI PESERTA KURSUS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pendaftaran bagi kursus yang akan diadakan di Johor pada 26 April 2009 kini dibuka untuk pendaftaran. Anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut. Senarai peserta adalah seperti berikut:

1. Suhaimi B. Taib ( Batu Pahat,Johor)
2. Abd,Rashid Bin Saman (Pasir Gudang)
3. Johan Firdaus Bin Mohamed (Batu Pahat)
4. Nur Jannat Binti Jailani (Batu Pahat)
5. Reduan Bin Minojo (Majidee)
6. Bakhtiar Bin Mat Sari (Tmn Sri Pulai)
7. Aishah bt Taha (Kangkar Pulai)
8. Shariffudin Nor Hissam Bin Abdul Majid (Pasir Gudang)
9. Mohamad Azdmir Bin Mohamad Jamil (Pasir Gudang)
10. Neezam Bin Dawam (Senggarang)
11. Muhammad Mazri Bin Saliman (Kota Tinggi)
12. Masdan Bin Saliman (Kota Tinggi)
13. Mohd Rizal Bin Ab. Rahman (Pasir Gudang)
14. Mohamad Bin Mohd Yusof (Pasir Gudang)
15. Razali Bin Ab.Rahman (Kota Masai)
16. Hamdan Bin Adam (Johor Bahru)
17. Kosong
18. Kosong
19. Kosong
20. Kosong

Saturday, March 21, 2009

Lokasi Kursus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lokasi Kursus di Johor bertempat di Institut Teknologi Perindustrian YPJ.,Bukit Senyum,Johor.

Kursus ini akan dikendalikan dengan kerjasama penceramah yang berpengalaman dari Perlis (http://abiagro.com.my/v1/) dan Putrajaya (http://agrofastforward.blogspot.com/).

Peserta dikehendaki mengesahkn penyertaan seminggu sebelum tarikh kursus.
Sekian..

Thursday, March 12, 2009

KURSUS FERTIGASI DI JOHOR TAHUN 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Berdasarkan maklumbalas yang diterima, sukacita diumumkan bahawa akan mengadakan KURSUS FERTIGASI pada tarikh, waktu dan tempat seperti berikut:


JOHOR (1/2009)

TARIKH : 26 April 2009
WAKTU : 9 pagi - 5.30 petang
TEMPAT : Institut Teknologi Perindustrian, Johor



YURAN KURSUS : RM200 (termasuk minum pagi dan makan tengah hari)

Bilangan peserta dihadkan kepada 30 orang sahaja atas dasar siapa cepat (dengan pembayaran pendahuluan ).

Aturcara Program

8.30 pg Pendaftaran Peserta
9.00 pg Modul Teori
- Pengenalan
- Alatan Asas Fertigasi
- Pemilihan Benih Cili
- Penyediaan Anak Benih
- Penyediaan Baja Fertigasi & Pembajaan
- Proses Penjagaan Pokok
- Proses Kutipan Hasil & Pemasaran
- Rumah Lindungan Hujan
10.30 pg Rehat / Minum pagi (disediakan)
11.00 pg Praktikal Pemasangan 1
1.00 ptg Rehat / Makan Tengah hari (disediakan)
2.30 ptg Praktikal Pemasangan 2
5.00 ptg Sesi Soal Jawab dan Penyampaian Sijil
5.30 ptg Bersurai

Kaedah Pengajaran
Kaedah pengajaran yang akan dilaksanakan adalah berbentuk kasual (bukan formal),50% Teori dan 50% praktikal. Kaedah ini dipilih atas permintaan ramai. Setiap peserta juga dikehendaki melibatkan diri dan memasang sendiri sistem fertigasi sehingga peringkat ujian operasi.

Di akhir program ini, peserta diharapkan dapat
- Memahami bagaimana teknologi Sistem Fertigasi berupaya membantu peserta dalam mengusahakan projek pertanian moden,
- Berupaya dan yakin dalam kerja-kerja pemasangan sistem,
- Berupaya memulakan projek cili fertigasi sama ada skala kecil atau besar,
- Memahami kaedah penjagaan tanaman.

Peserta juga akan dibekalkan setiap seorang untuk dibawa pulang
1- 2 polibeg beserta anak pokok cili yang dipindahkan sendiri oleh peserta,
2- 1 liter Baja Fertigasi AB bentuk cecair.
3- Manual Penjagaan Pokok Cili.

Tawaran Istimewa Set Mini DIY
Setiap peserta yang berminat adalah layak untuk mendapatkan Set Mini Fertigasi 10 DIY pada harga RM150. Tawaran sah hanya pada hari kursus sahaja dan "cash & carry".

Lain-lain Peralatan
Peserta juga boleh membeli peralatan fertigasi seperti polibeg, dripper, tube, dll bergantung kepada stok sedia ada.

Pendaftaran
Peserta yang berminat perlu menghubungi saya melalui emel yusofkadikon@gmail.com atau telefon/sms : 019-7723790 untuk mengesahkan penyertaan dan membuat pembayaran deposit berjumlah RM50 (tidak dipulangkan) sebagai komitmen menghadiri kursus tersebut. Pembayaran boleh dibuat ke akaun seperti di bawah:

CIMBClick : 0109-0082496-52-9 : YUSOF BIN KAD
Maybank 2U : 1-51306-65554-8 :YUSOF BIN KAD

Setelah pembayaran deposit dilakukan sila sms/emel butiran pembayaran untuk semakan dan rekod beserta Nama Penuh, No Kad Pengenalan, Alamat, dan No Telefon. Baki RM150 perlu dibayar pada hari kursus. Resit pembayaran yuran kursus akan diberikan semasa pendaftaran nanti

Tuan-tuan dan puan-puan adalah diingatkan bahawa pendaftaran tempat adalah berdasarkan pembayaran yuran komitmen RM50 yang merupakan sebahagian dari yuran kursus. Hanya peserta yang telah membayar yuran komitmen akan didaftarkan.

Bagi anda yang telah menghubungi saya untuk pertanyaan dan pendaftaran, sila buat pembayaran segera kerana sehingga pembayaran diterima, baru saya akan mendaftarkan nama sebagai peserta.

Kami memohon agar peserta memakai pakaian yang sesuai bagi aktiviti luar. Peserta wanita adalah digalakkan menggunakan seluar panjang bagi memudahkan aktiviti fizikal. Peserta juga digalakkan membawa topi atau payung.

Bagi peserta yang ingin membuat sebarang pembelian sama ada peralatan atau Set Mini Fertigasi, sila maklumkan awal untuk memberi ruang kepada saya untuk menyediakan bahan yang diperlukan.

Sekian harap maklum.






Wednesday, January 14, 2009


Monday, January 5, 2009

QUNUT NAZILAH : KEPENTINGAN KEPADA PEJUANG KEADILAN DAN KEBENARAN

Bersamaan dengan situasi kezaliman dan penindasan yang dahsyat berlaku keatas pejuang keadilan di negara kita, Maka semestinya pencinta keadilan dan demokrasi yang telus bermunajat kepada-NYA agar mereka yang berjuang menegakkan kebenaran terus thabat dan istiqamah dalam perjuangan…
DEFINISI QUNUT NAZILAH
Qunut secara istilahnya adalah seperti yang dikatakan oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah: "Suatu doa di dalam shalat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri." (Fathul Bari 2/490.) Dan Nazilah artinya malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk gempa, banjir, peperangan, penganiayaan dan sebagainya.
HUKUM QUNUT NAZILAH
Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah dan kezaliman. Sunnah qunut nazilah ini merupakan pendapat para ulama dari madzhab Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi'iyyah, Hanbaliyyah dan lain-lainnya.
Imam Syafi'i rahimahullah berkata: "Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh shalat wajib." (Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).
Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata: "Apabila turun bencana kepada kaum muslimin, hendaknya imam melakukan qunut dan diaminkan oleh orang yang dibelakangnya." (Al-Mughni 1/450).
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: "Di kalangan ulama ada tiga pendapat tentang qunut. Yang paling benar dari tiga pendapat tersebut, qunut disunnahkan ketika ada keperluan.،¨ (Taudhih Al-Ahkam).
Pendapat-pendapat diatas tentunya berlandaskan hadis-hadis yang sahih mutawatir seperti hadits Anas bin Malik radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim yang menjelaskan pelaksanaan qunut nazilah oleh Rasulullahu saw selama sebulan pada peristiwa pembunuhan 60 shahabat penghafal Al-Quran, juga hadis Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim.
LAMANYA QUNUT NAZILAH
Dalam hadis Anas bin Malik riwayat Bukhari-Muslim, juga hadis Ibnu Abbas riwayat Abu Dawud dengan sanad hasan dan lain-lainnya, menunjukkan bahwa Nabi shallallahu 'alahi wasallam pada peristiwa pembunuhan 60 sahabat penghafal Al-Quran, baginda berqunut selama sebulan. Namun hal ini tidaklah menunjukkan bahwa pelaksanaan qunut nazilah hanya terbatas selama sebulan, kerana dalam hadis Abi Hurairah radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim, juga hadis Baro bin Azib, Hifaf bin Ima' riwayat Muslim serta hadis Anas bin Malik riwayat Ibnu Khuzaimah dan hadis-hadis lainnya menjelaskan dalam bentuk umum dan tidak menunjukkan batasan sebulan. Maka dapat dibuat kesimpulan bahwa qunut nazilah tetap dilaksanakan sampai musibah dan kezaliman tersebut diangkat dari kaum muslimin. Dan ini merupakan fatwa dari Syaikh Abdul Muhsin Al Abbad hafidzohullah.
WAKTU QUNUT NAZILAH
Dari hadis-hadis yang menjelaskan tentang qunut nazilah dapat diambil kesimpulan bahwa petunjuk Nabi shallallahu `alaihi wa sallam dalam pelaksanaan qunut, iaitu beliau melakukan qunut nazilah pada seluruh shalat-shalat wajib dan beliau lebih mengutamakan pelaksanaannya pada shalat Maghrib dan Subuh. Akan tetapi beliau tidak melakukan qunut setiap hari pada seluruh shalat lima waktu sekaligus. Ini merupakan fatwa dari Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah. Qunut nazilah dapat dilaksanakan sebelum ruku' atau setelah ruku' di dalam sholat tersebut. Akan tetapi pelaksanaannya setelah ruku' lebih banyak dilakukan oleh Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam. Dua cara ini dicontohkan oleh Rasullah shallallahu `alaihi wa sallam dalam hadis-hadis beliau yang mulia
LAFAZ QUNUT NAZILAH
Tidak ada hadis dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam yang menunjukkan adanya doa khusus dalam qunut nazilah. Siapa yang menelaah pendapat-pendapat para ulama, nescaya ia akan mendapati para ulama memberi keluasan dalam perkara ini. Oleh kerana itu seseorang berdoa di dalam qunut nazilah dengan doa yang bersesuaian keadaan yang tertimpa musibah, kezaliman dan penindasan dan apa yang mereka perlukan. Bahkan Al-Qadli Iyadl rahimahullah menukil kesepakatan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut. Ibnu Shalah menganggap orang yang berpendapat ada doa khusus dalam qunut adalah pendapat ang aneh dan tertolak, menyelisihi jumhur ulama. Lihat Al-Majmu' 3/477, Majmu' Al-Fatawa 23/108.
Contoh bacaan yg biasa dibaca
اللهمﺇنانجعلك في نحورأعدائناونعوذبك من شرورهم اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت
كلمتهم وزلزل أقدامهموسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقمياالله ياالله يااللهاللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزابﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهوانصرنا عليهم
Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

PERINGATAN!!!
1. Lafaz qunut di atas bukan dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam. Oleh kerana itu, tidak ada keterkaitan dengannya apalagi menganggapnya sebagai doa yang disunnahkan. Dan bagi orang yang mampu menyusun doa dalam bahasa arab yang sesuai dengan keadaan musibah, tidak ada larangan baginya untuk berdoa dengannya.
2. Boleh mengulang potongan kalimat dari doa di atas beberapa kali.
Apakah Ada Syariat Mengusap Muka setelah Qunut Pendapat jumhur ulama tidak ada mengusap muka setelah berdoa qunut. Imam Al-Baihaqy (dari ulama Syafi'iyyah) dalam As-Sunan Al-Kubra 2/212 mengatakan: Adapun mengusap muka dengan kedua tangan ketika selesai dari doa, saya tidak mengetahui hal tersebut dari salah seorang ulama salaf pun yang melakukannya dalam doa qunut
Bolehkan Qunut Dilakukan dalam Shalat Sendirian?Sepanjang penelitian, belum ditemui adanya nash dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam dan para shahabatnya yang menunjukkan pelaksanaan qunut dalam shalat sendirian. Mungkin disebabkan hal ini Ibnu Qudamah dalam Al-Mughni 1/450 menegaskan: "Tidak ada pelaksanaan qunut secara individu". Dan ini juga merupakan fatwa dari Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad hafidzohullah. Hukum ini juga berlaku pada kaum wanita, tidak melakukan qunut kecuali pada sholat jamaah.
Apakah Disyariatkannya Mengaminkan Doa Qunut bagi Makmum Disyariatkannya mengaminkan doa qunut berdasarkan hadis Rasullah shallallahu `alaihi wa sallam yang diriwayatkan Abu Daud (lihat Al-Irwa' 2/163). Dan hal ini ditegaskan oleh Ibnu Qudamah dalam Al-Mughni 1/449: "Apabila imam melakukan qunut hendaknya diaminkan oleh orang yang di belakang imam (makmum) dan tidak dikeetahui ada perbezaan pendapat (dikalangan para 'ulama) dalam masalah ini." Akan tetapi perlu diingat bahwa pengaminan diucapkan pada lafaz-lafaz doa, bukan pada lafaz pujian. Ini merupakan pendapat Imam Ahmad dan dibenarkan oleh Imam Khirqy serta An-Nawawi.(Suaalat Abi Daud hal. 67 dan Al-Majmu' 3/481). Dan hendaknya imam berdoa dengan lafaz umum (bukan untuk pribadinya) sehingga makmum ketika mengaminkannya juga mengambil andil dari doa tersebut, sebagaimana yang ditegaskan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah, Al Hafizh Ibnu Hajar, Syekh Ibn Al Utsaimin dan lain-lainnya. Mudah-mudahan apa disampaikan ini bermanfaat bagi kaum muslimin yang mencintai keadilan dan kebenaran serta dapat dilaksanakan bagi mereka yang menjunjung prinsip kebenaran sebagai bentuk keperihatinan kepada mereka yang dizalimi dan ditindas tanpa ada bukti.